Serting Makmur, Berkat Sejahtera
Ikuti Ustaz Fairuz Isa dalam memperjuangkan kesejahteraan Serting dalam Pilihanraya Negeri Sembilan 2026 bagi DUN Serting
Calon N05 DUN Serting
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan
Yang Dipertua PAS Kawasan Jempol
Kenali Ustaz Fairuz Isa
Siapakah Ustaz Fairuz Isa?
YB Ustaz Mohd Fairuz bin Hj Mohd Isa merupakan tokoh kepimpinan yang berwibawa dan merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, Negeri Sembilan bagi penggal ke-15.
Dilahirkan di Batu Kikir, beliau mendapat pendidikan agama yang kukuh di Madrasah An-Nahdzah, Kedah sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi dan memperoleh kelulusan Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
Sebelum memikul amanah selaku wakil rakyat, Ustaz Fairuz membina reputasi kemasyarakatan yang kuat menerusi bidang pendidikan agama sebagai Guru KAFA, Mudir Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum, serta menerajui Akademi Darul Ulum selaku Pengerusi.
Komitmen beliau yang tinggi dalam politik kebajikan dan khidmat sivil meletakkan beliau di barisan hadapan menjelang pilihan raya negeri ini, di mana beliau kini menggalas tanggungjawab utama sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan Yang Dipertua PAS Kawasan Jempol.
Kegiatan Mayarakat
Sepanjang tempoh berkhidmat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Serting di bawah pimpinan YB Ustaz Fairuz Isa telah menguruskan
Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan Kebajikan
RM56,001
Infaq & Bantuan
RM28,621
Ziarah & Sumbangan
RM23,380
Bantuan Pendidikan
RM2,000
Bantuan Anak Muda
RM2,000
Kebajikan & Bantuan Sosial
Menggerakkan Program Wakaf Medik (menyumbang 7 kerusi roda dan 5 katil pesakit setakat November 2025), sumbangan bantuan segera dan khidmat pertolongan mangsa musibah, serta ziarah dan sumbangan ikhlas kematian kepada waris.
Program Khas Ramadhan & Perayaan
Menganjurkan program Semarak Kasih Ramadhan 2025 (penganjuran santun keluarga asnaf, iftar jamaie, kacau bubur lambuk, dan Moh Sahor 1.0), edaran kurma di rumah dan pasar malam, serta penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri berserta agihan duit raya anak-anak.
Ekonomi, Usahawan & Pendidikan
Menggerakkan inisiatif "Ust Fairuz Bantu Promosi Perniagaan" bagi menghebahkan produk usahawan tempatan menerusi Facebook/TikTok LIVE, menguruskan sumbangan Kembali Ke Sekolah (BTS) dengan meraikan 30 anak asnaf/ibu tunggal membeli pakaian sekolah, serta mengekalkan rekod kehadiran 100% (3 kali hadir) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan ke-15.
Komuniti, Belia & Rentas Kaum
Menganjurkan Program Rentas Kaum bersama DHPP & GERAKAN demi keharmonian perpaduan nasional Perikatan Nasional, Program Merdeka Hiking 2025 di Bukit Penarikan berserta agihan t-shirt percuma, Program Serah Jalur Gemilang, serta Program Tukar Minyak Hitam Percuma yang memberi manfaat kepada 100 pemilik motosikal anak muda di FELDA Raja Alias.
Isu-Isu
Mari bersama bersatu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat DUN Serting
Tawaran Perikatan Nasional
Sebagai kepimpinan utama Perikatan Nasional Negeri Sembilan, Ustaz Fairuz Isa komited untuk merealisasikan Manifesto Perikatan Nasional Sepakat Hebatkan Negeri Sembilan dengan 14 Tawaran Tambahan.
Pembangunan dashboard Pelaksanaan Manifesto Negeri Sembilan.
Penambahbaikan Sistem Pengurusan & Pentadbiran Masjid yang mesra kariah.
Penyediaan Rumah Transit Belia untuk graduan dan pasangan baru berkahwin.
Perlaksanaan program Pemerkasaan Keluarga Mawaddah.
Penerokaan dan pembangunan Pelan Ekonomi Biru Negeri Sembilan.
Penaiktarafan infrastruktur sokongan industri gas dan minyak.
Pembangunan pakej pelaburan baharu dalam sektor mineral kritikal, semikonduktor, aeroangkasa, EV, logistik dan ekonomi digital.
Pemberian bantuan Prihatin Rakyat dengan sasaran keluarga B40 dan M40 berkomitmen tinggi serta berpendapatan rendah.
Penyaluran dana sokongan khas kebajikan & hal ehwal bukan Islam.
Penaiktarafan Kolej Yayasan NS (KYNS) yang berteraskan TVET, pendidikan gunaan (applied education), penyelidikan industri dan inovasi.
Pemberian Bantuan Persijilan Profesional untuk graduan Negeri Sembilan.
Pemerkasaan Sekretariat TVET Negeri dengan Program Tahfiz TVET.
Penubuhan Negeri Sembilan Talent Corporation (NTC) sebagai pusat pembangunan bakat dan kepakaran masa depan dalam bidang Al, teknologi hijau, semikonduktor, keselamatan siber, ekonomi digital dan automasi termaju.
Penubuhan Pusat Padanan Pekerjaan Negeri Sembilan untuk sektor pelancongan & industri terkini.
Hubungi Kami
Maklumat Hubungan
Ikuti Kami